CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

May 23, 2011

Perkara-perkara yang.....

Ade banyak benda yg aku xtahu berlaku di luar sana.
Saban hari ada sahaja org yg 'pergi' dahulu sebelum aku.
Yang sebenarnya setiap saat ada sahaja org yg 'pergi' dahulu sebelum aku.
Aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang utk bernafas sehingga ke saat ini.

Perkara-perkara yg lalu selalu sahaja dimenungkan oleh setiap manusia.
Tetapi.....
Apa yg berlaku sebelum ini, jgnlah dipertikaikan lagi, janganlah dingeluhkan lagi,.
Janganlah mengata sesuatu yg sememangnya perkara yg lalu, tak memberi manfaat kepada diri sendiri, yg memalukan diri sendiri dan keluarga.
Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. DIA memberi peluang kepada hambaNya utk memperbetulkan semula kesilapan yg lalu.
Memang aku tak nafikan baaaaaaanyyyyyaaaaaaaaaakkkkkk sangat kesilapan aku dahulu.
Tp tanpa kesilapan yang dilakukan, aku tidak akan sedar bahawa aku bukanlah manusia yang sempurna.
Aku belajar dripada kesilapan.
Masa depan kita bukanlah ditentukan oleh org lain.
Tetapi ditentukan oleh Allah SWT.
Kita merancang dan berusaha utk mendapatkan apa yang kita mahukan.

Belum tentu dengan kejayaan kita sekarang ni, akan mendatangkan keuntungan kita pada masa hadapan.
Belum tentu... Belum tentu..
Muhasabah lah diri.
Fikirkan apa yang kita perlukan pada masa sekarang dan masa depan supaya kita tak jauh daripada KeredhaanNya.. InsyaAllah..

0 comments: